Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Berkenan mengadakan Keberangkatan Tidak Berjadual ke KHEU
08/07/2025




Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat mengadakan Keberangkatan Tidak Berjadual ke Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Jalan Dewan Majlis, di sini.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah; dan Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Turut menjunjung keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Timbalan Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; dan pegawai-pegawai kanan KHEU.

Kebawah DYMM memulakan Keberangkatan Tidak Berjadual dengan keberangkatan ke Dewan Multaqa, Aras Bawah, Bangunan Tambahan KHEU dan seterusnya berkenan mengurniakan titah.

Terdahulu itu, Doa Selamat dibacakan oleh Berhormat Mufti Kerajaan.

KHEU berperanan sebagai peneraju perkhidmatan agama dan bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam termasuk urusan zakat, wakaf dan Baitulmal serta melahirkan para da'ie yang diiktiraf oleh Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB).

Visi KHEU ialah 'Memperkasa Perkhidmatan Ugama Yang Berkualiti dan Berinovatif'.

Manakala, misi KHEU ialah 'Mengetarakan Urus Tadbir Perkhidmatan Ugama Secara Berkesan dan Berinovasi Bagi Pembangunan dan Kesejahteraan Negara'. 

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto